Ariaty's aka Mamarais FotoPage

By: Ariaty Daud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 30-Nov-2008 11:09 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan cari pasal at Taman KLCC

Dah lama sangat tak gi mandi manda kat KLCC ngan ayah...So sajalah pi pas keja hari tu...Layanlah karenah anak bujang ni yg asal nampak air suma nak terjah..Wakaka...























Sunday, 30-Nov-2008 07:34 Email | Share | | Bookmark
Basikal Baru

Hari ni pi Carrefour konon nak beli brg sikit..Tah camana end up beli basikal utk Rais..Punyalah ngamuk kat situ terjerit2 menangis, terpaksalah daku belikan jua...Balik umah lakiku bising, wakakaka..Lantaklah anak punya pasal, daku kena marah pun x heran..









Friday, 21-Nov-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Sogo Warehouse Sale

Hari ni Sogo buat Warehouse sale..Punyalah lawak masa nak gi sales ni..Sampai 2 kali pergi, hahaha..Besok hr Sabtu pergi lagi, ni lah nama dia sopping sampai lebam...Pergi just nak beli baju duk rumah utk Rais, sbb byk baju dia yg dah kecik ngan buruk...So dapatlah baju Miki Kids 6, Kiki Lala 1, Baby Kiko 1, Pureen 1, pastuh beli suar Miki 5 psg, sbb rais kurang suar pendek...Pehtu beli baju Poney utk anak angkat aku, Sofea..
Layannn...





Sunday, 9-Nov-2008 05:50 Email | Share | | Bookmark
CD Conference at Bukit Tinggi - Part 2

Ni adalah sambungan dr part 1 at Bukit Tinggi....Sesiapa yang belum tengok part 1 silakan...Ni adalah part 2, gambar banyak sangat puas nak edit, akhirnya siap jugak...Layannnnnn..





















Monday, 3-Nov-2008 15:48 Email | Share | | Bookmark
Resipi Spegethi Cabonara & Kuah Kacang

Resipi ini khas untuk kengkawan yang nak sangat mencuba resipi ala western ni...
Kelakar gak sebab ni jer yang aku pandai masak, western food...Silalah mencuba ya..

Spegethi Cabonara (hidangan utk 6-8 orang)

3-4 biji bawang besar (hijau dicincang halus)
1 tin cendawan ayam brand (dipotong dadu)
Udang size sederhana ½ kg
Sotong putih ½ kg (di hiris)
Sedikit ayam dicincang halus
2 tin cream cendawan (campbell)
1 kotak Parmesan Cheese
2 whipped cream
½ botol mixed herbs
2 paket spegethi / fetuchini

Cara membuat sos :

Udang, sotong dan ayam direbus dalam masa 1 minit. Toskan airnya, air rebusan jangan dibuang, simpan untuk sosnya nanti. Panaskan periuk menggunakan minyak masak atau mentega. Masukkan bawang yang telah dicincang dan kacau sehingga kuning. Masukkan ayam, udang dan sotong, kacau sehingga naik bau. Masukkan cendawan butang yang dipotong dadu kacau bersama bahan-bahan lain. Masukkan parmesan cheese, whipped cream dan tuangkan cream cendawan ke dalam periuk. Masukkan air rebusan tadi dan kacau. Campurkan sedikit air suam mengikut keperluan. Taburkan sedikit mixed herbs ke dalam sos. Hidangkan ketika panas, baru best. Jangan lupa rebus spegethi, nnt kebulur pulak.

Selamat mencuba, nnt jangan lupa jemput saya makan…




[b]Kuah Kacang versi Mamarais

½ kg kacang tanah
Cili kering yang telah di blend (ikut citarasa sendiri) (tp mesti cili kering yang blend sendiri, jgn amik yang dah siap di kedai, nnt tak sedap)
Bawang putih 2 ketul yang kecik, bawang besar merah 3-4 biji di blend
Serai 2 batang di ketuk
Buah asam belimbing yang kecik 4-5 biji, dipotong tengah
1 buku Gula melaka
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

Panaskan ½ cawan minyak atau mengikut kesesuaian. Masukkan bawang yang telah di blend kacau sehingga naik bau atau kuning. Kemudian masukkan cili yang telah di blend tadi dan kacau sehingga cili benar2 masak. Masukkan air suam sedikit demi sedikit supaya cili tidak hangus. Masukkan belimbing dan serai apabila cili hampir masak. Setelah pasti bahan2 tadi telah masak, masukkan kacang tanah. Campurkan air mengikut kesesuaian anda. Kacau sehingga benar2 masak. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit supaya senang hancur. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net